Asean Football Federation(AFF) umumkan tarikh baru AFF Suzuki Cup 2020

Kejohanan yang dinantikan setiap penyokong bola sepak di rantau Asian Tenggara ini bakal dlangsungkan pada Disember 2021 seperti yang diumumkan oleh Presiden AFF, Major General Khiev Sameth hari ini.

Disebabkan jadual bola sepak yang padat pada tahun depan tidak kira perlawanan antarabangsa mahupun di peringkat tempatan, AFF telah membuat keputusan untuk memilih tarikh 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 untuk kejohanan ini.

Pada awalnya sepatutnya berlangsung pada November lepas tapi atas keadaan semasa kejohanan ini perlu ditunda untuk menjaga kesihatan serta keselamatan kesemua pasukan serta pemain yang terlibat.

Menurut Major General Khiev Sameth, kejohanan ini akan berjalan seperti format sedia ada dengan perlawanan home away untuk dan berharap stadium akan dipenuhi para penyokong.

Rekod skuad negara di kejohanan in,i kita pernah muncul juara sekali pada edisi 2010 di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal dan 3 kali sebagai naib juara. Kali terakhir adalah pada edisi 2018. Tewas kepada Vietnam dengan agregat 3-2.

Untuk tahun depan kami menjangkakan pemain-pemain B-23 tidak akan sertai skuad Tan Cheng Hoe kerana mereka ada misi di Sukan SEA Vietnam nanti yang berlangsung dari November sehingga Disember.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top