Aksi Pra-Musim & Pengenalan Pemain Baru Bakal Dilangsungkan Jumaat, Sabtu ini.
On November 8, 2021 by Wak Pivot12 dan 13 November ini Pahang Rangers akan turun ke Lembah Klang untuk aksi pra-musim menjelang saingan Malaysian Premier Futsal League 2022 yang dijangka bermula Januari depan.
Selepas pulang dari Thailand, skuad kendalian Gerard Casas tidak menunggu lama untuk terus melakukan persiapan latihan di UIA, Pahang pusat latihan baru mereka.
Mereka akan bertemu Selangor MAC pada hari Jumaat dan Selangor TOT United pada hari Sabtu di Kompleks Sukan Panasonic. Dua perlawanan ujian ini menjadi medan terbaik untuk Gerard Casas menilai prestasi dan gandingan baru pemain. Tetapi kami tidak dapat mengesahkan samada kehadiran penonton dibenarkan atau sebaliknya.
Ini juga merupakan perlawanan pertama mereka tanpa 3 pemain utama yang telah meninggalkan pasukan, Khairul Effendy, Firdaus Ambiah dan Azrol Hairun.
Difahamkan juga hujung minggu ini juga, Pahang Rangers bakal memperkenalkan seorang pemain baru daripada Pantai Timur. Siapa pemain tersebut? Sama-sama kita nantikan. Mengikut desas desus pemain berasal dari Terengganu yang kerap dipanggil ke latihan pusat kebelakangan ini.
Untuk senarai rumours perpindahan terkini boleh tekan disini
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.