Adik-Adik B-17 Menjadi ‘Sparing Partner’ Skuad Futsal Wanita
On May 1, 2022 by Wak GoleiroThailand dan Myanmar melakukan persediaan di NSDF Women’s Futsal Championshoips 2022, Vietnam pula ada siri perlawanan persahabatan bersama pasukan Bahrain sementara skuad futsal wanita kita diuji dua pasukan lelaki bawah umur di Malaysia.
Skuad kendalian Jamhuri Zainuddin telah turun di dua aksi persahabatan menentang Court Soccer B-16 dan juga Red Galacticos B-17. Dua pasukan akar umbi yang tidak asing di arena futsal Malaysia. Kami juga difahamkan Malaysia tewas di kedua-dua perlawanan ini sama.
Pemilihan menentang pasukan akar umbi ini sering menjadi persoalan kerana bukan mahu menidakkan kemampuan mereka namun skuad futsal wanita negara perlu diuji dengan pasukan yang lebih baik ataupun pasukan bertaraf kebangsaan. Dengan tempoh yang lama tanpa perlawanan kompetitif, pemilihan pasukan untuk aksi persahatan sangat penting untuk menilai prestasi sebenar.
Mungkin dengan tempoh persediaan yang singkat mahupun perancangan yang lewat sedikit sebanyak menjejaskan persiapan pasukan ini menjelang Sukan SEA 2021. Namun kami difahamkan skuad wanita juga akan bertolak awal ke Vietnam untuk beberapa perlawanan persahabatan di sana dan kami jangkakan ini bakal menjadi saingan kita.
Jika melihat kepada senarai pemain, Jamhuri Zainuddin mengabungkan beberapa pemain berpengalaman dan pemain baru untuk skuad kali ini dan hanya 16 pemain sahaja bakal dibawa ke Vietnam nanti. Berkongsi mengenai tempoh persediaan yang singkat, Jamhuri lebih fokus dalam aspek kecergasan pemain, taktikal bertahan dan menyerang serta keserasian pemain.
Ini menjadi kejohanan antarabangsa pertama selepas kali terakhir pada tahun 2018 di Kejohanan Futsal AFC.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.