

Futsal MSSD Manjung Akan Menjadi Kenyataan – Siapa Juara Edisi Sulung?
Kejohanan Futsal Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Manjung 2025 bakal membuka tirainya dari 13 hingga 15 Mei 2025, menghimpunkan 16 pasukan sekolah menengah dari seluruh daerah dalam satu pesta futsal berintensiti tinggi yang dijangka berlangsung penuh semangat kesukanan. Gelanggang Fasa 3C dan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung akan menjadi lokasi utama bagi aksi peringkat kumpulan…

KELANTAN SIAP SEDIA UNTUK PERTAHANKAN KEJUARAAN MPFL DIVISYEN 2 2025
Disaat peminat sukan bola sepak tempatan secara amnya dahagakan aksi dan laungan keramat “Gomo Kelate Gomo” di lapangan, luka terubat apabila juara bertahan, Kelantan , sah akan bersaing semula dalam MPFL Divisyen 2 musim 2025. Kelantan kini bersiap sedia memulakan kempen baharu dengan semangat juang yang tinggi dan misi utama: mempertahankan kejuaraan serta terus mengukuhkan…

Pahang Rangers FC Tundukkan Selangor dalam Aksi Panas di SUKPA
Pertembungan tumpuan minggu ini berlangsung di Stadium SUKPA, Kuantan apabila Pahang Rangers FC berjaya menumpaskan Selangor FC 6-5 dalam satu aksi penuh intensiti dan dramatik. Kemenangan ini membolehkan Pahang memintas Selangor untuk menduduki tangga kedua liga dengan 15 mata, hanya tiga mata di belakang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim. Namun begitu, perlawanan ini tidak terlepas…

Kebarangkalian Keputusan Perlawanan Ke-6 Akan Mempengaruhi Carta Liga.
Berdasarkan jadual perlawanan ke-6 MPFL Divisyen 1 (3 Mei 2025) dan kedudukan semasa liga selepas perlawanan ke-5, berikut adalah rumusan kemungkinan menarik yang boleh berlaku dan impaknya kepada carta liga: Perlawanan Tumpuan & Kemungkinan Impak Liga 1. Johor Darul Ta’zim vs Sabah 2. Pahang Rangers vs Selangor FC 3. KL City FC vs Malaysian…

Top 20 – Penjaring Terbanyak MPFL Div 1 2025
Musim 2025 Liga Futsal Malaysia terus menyajikan aksi pantas dan mendebarkan, terutamanya dari segi persaingan penjaring terbanyak. Selepas lima perlawanan, pemain Selangor FC, Dos Santos Campos Vitor Fernando, kini mengetuai carta dengan 9 gol, menunjukkan ketajaman luar biasa di hadapan gol dan konsistensi yang menggerunkan pertahanan lawan. Di belakangnya, rakan sepasukan Borges Evandro turut memberi…