Zur’ain Kongsi Kunci Kejayaan WIPERS di SUKMA 2018
On September 27, 2018 by WanShaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WIPERS) berjaya meraih pingat emas bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita.
AFM menghubungi kapten pasukan wanita, Zur’ain Binti Kamaruddin bagi mendapatkan komennya mengenai kejohanan SUKMA kali ini.
Kongsinya, pencapaian ini bukanlah satu pencapaian yang mudah walaupun mempunyai majoriti pemain yang berpengalaman.
“Setiap peringkat perlawanan kami menerima cabaran yang berbeza tetapi pasukan saya dapat mengharungi cabaran itu dengan baik sekali”, komen pemain kecil molek ini.
Zur’ain turut menyatakan rasa gembira dan berpuas hati dengan pencapaiannya kerana berjaya menyumbangkan 4 jaringan pada pasukan di perlawanan akhir.
Pengikut instagram pemain yang berusia 21 tahun ini pasti melihat ‘ig story’ yang memaparkan keakraban mereka sepasukan.
Menurut Zur’ain, hubungan yang sangat baik mereka sepasukan merupakan salah satu rahsia kejayaan mereka.
“Tidak kira apa yang berlaku kami sentiasa bekerjasama untuk menjadi tulang belakang sesama sendiri”, tambah Zur’ain yang berjaya meledak 9 gol peribadi di keseluruhan perlawanan.
Menurutnya lagi, dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana berjaya memenangi pingat emas tahun ini kerana ini merupakan penampilan terakhir baginya dalam SUKMA.
“Banyak yang saya korbankan untuk melibatkan diri dalam SUKMA tahun ini dan saya memang tiada pilihan lain selain daripada menjadi juara!”, katanya.
Selaku kapten, dia turut berkongsikan kepada WIPERS junior agar mereka terus kekal bermain sebagai satu pasukan dan kekalkan sikap yang baik supaya mereka mampu beraksi ke peringkat yang lebih tinggi.
Setelah tamat LFK dan SUKMA, Zur’ain turut nyatakan dia akan meneruskan latihan bersama kelabnya, Phoenix RC.
Foto : SUKMA Perak 2018
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.