Sebanyak 45 pasukan yang mencuba nasib di Raja Futsal Sirkit Perlis yang berlangsung di D’Futsal Center pada Sabtu lalu.
Dalam perlawanan separuh akhir menyaksikan ZM FT B berjaya menewaskan Tandop Bersatu B dengan jaringan 2-1 manakala KSMR Sukee B tewas kepada A.A FC dengan jaringan 0-1, melayakkan mereka ke perlawanan akhir.
Perlawanan akhir Raja Futsal Sirkit Perlis ini menyaksikan ZM FT B berjaya menewaskan A.A FC dengan jaringan 1-0.
Manakala di tempat ke-3 bersama diperolehi oleh pasukan Tandop Bersatu B dan KSMR Sukee B.
Selepas ini kejohanan ini akan berlangsung di Pahang pada 30 September, Ahad ini. Agak-agak siapa Raja Futsal Pahang? Sama-sama kita nantikan.