
Wiwa Bertuah Dapat Ke Russia
On May 18, 2018 by WanShaTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan oleh Wan Ismail Bin Wan Ahmad apabila dia dapat menangi cabutan bertuah di Kia Road To Russia 2018 lalu.
Kami sempat menghubungi beliau bagi mendapatkan sedikit respon mengenai kemengangan tersebut. Wan Ismail atau selesa dipanggil Wiwa juga merupakan peserta di Kia Road To Russia 2018 bersama pasukan Warung Mat Su. Namun, mereka terkandas di peringkat Suku Akhir.
Menurut Wiwa, dia dan pasukan berasa amat teruja. Tambahan pula, dengan sokongan padu yang diberikan oleh penaja mereka iaitu pemilik Warung Mat Su itu sendiri.
Meskipun rezeki tidak berpihak kepada pasukannya, tetapi rezeki berpihak kepada Wiwa dimana dia telah memenangi cabutan bertuah ke Russia bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2018.
“Impian saya untuk menyaksikan kejohanan bola sepak terbesar dunia tu di depan mata menjadi kenyataan”, katanya dengan penuh teruja.
Bertanyakan tentang perancangannya di sana. Wiwa berkata, “Semestinya apabila saya ke sana nanti, saya ingin menyaksikan perbezaan kualiti bola sepak negara terhebat dunia di depan mata yang sebelum ini saya hanya menyaksikannya di kaca TV sahaja”.
Menurut Wiwa, jika dilihat pada prestasi TOT United FC di masa Kia Road To Russia lalu, dia yakin bahawa TOT United FC akan pulang dengan kejayaan dan sekali gus mengharumkan nama Malaysia di kejohanan itu.
“Goodluck untuk pasukan TOT United FC!”, tambahnya.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.