Wilayah Persekutuan Juara Berganda Futsal SUKMA 2018
On September 20, 2018 by FixoAcara futsal telah menutup tirainya semalam dan edisi kali ini menyaksikan pasukan futsal lelaki dan wanita Wilayah Persekutuan (WIPERS) muncul juara bagi kedua-dua kategori.
Untuk skuad wanita WIPERS seperti dijangkakan mereka menepati ramalan dengan kejayaan mengekalkan pingat Emas menjadi milik mereka. Mereka berjaya menewaskan pasukan Johor 5-2.
Pemain kebangsaan, Zur’ain Kamarudin menjadi wira WIPERS apabila dia berjaya menjaringkan 4 gol sebelum 1 lagi tambahan gol daripada Nurul Husna untuk mengesahkan kemenangan pasukan ini.
Bagi aksi penentuan tempat ketiga, pasukan Selangor yang tewas kepada WIPERS di separuh akhir bangkit untuk meraih pingat Gangsa selepas menewaskan Terengganu 3-2.
Bagi kategori lelaki pula, pasukan WIPERS mencuri tumpuan dengan kemenangan besar di perlawanan akhir menewaskan pasukan Terengganu 7-1.
Mendahului 3-1 di babak pertama menerusi jaringan Shahril Hissham, Hikmal Firdaus dan Syaril Ezuwan skuad ini terus memberikan satu aksi yang disiplin dan mantap.
Mereka memastikan kemenangan dengan menambah 4 lagi gol di babak kedua. Gol tunggal Terengganu hadir pada penghujung babak pertama menerusi Hafizi Ismail.
Sebelum itu Pahang telah dinobatkan selaku pemenang pingat Gangsa selepas menewaskan tuan rumah pasukan Perak 4-3.
Syabas buat pasukan WIPERS dan kesemua pasukan yang mengambil bahagian kali.
Kredit foto : SUKMA Perak 2018
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.