Pasukan Pahang Rangers turun ke Puchong hujung minggu lepas bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Negeri Sembilan.
Pahang Rangers ketinggalan pada awal permainan selepas pemain Negeri Sembilan melakukan serangan balas dan Joshua Lee berjaya melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Pahang Rangers, Zainulzahin.
Sejurus selepas itu skuad Gerard Casas bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi pemain kebangsaan, Ridwan Bakri. Dia berjaya melepasi 3 kawalan pemain lawan dan melakukan rembatan terus untuk gol pertama Pahang Rangers.
Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama Hamdin Zharif Mahmun menjaringkan gol kedua Pahang Rangers yang bermula daripada satu situasi set piece bola mati yang pantas.
Masuk separuh masa kedua masing-masing melakukan serangan untuk mencari gol namun keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Perlawanan ini juga menjadi perlawanan pertama untuk pemain baru Pahang Rangers, Yazid Kamaruzaman bersama pasukan ini.
Thank you for your sharing. I am worried that I lack creative ideas. It is your article that makes me full of hope. Thank you. But, I have a question, can you help me?