Video – Khairul Effendi (Ayon) Bakat Yang Sukar Dicari Ganti. Kompilasi Gol dari Ayon
On November 2, 2021 by Wak PivotKhairul Effendi atau lebih dikenali sebagai Ayon mungkin sukar untuk dicari ganti. Kehebatan menggelecek dan keupayaan menjaringkan gol beliau tidak dapat dinafikan lagi. Kehebatan pemain ini bermula dengan perit jerih sebagai pemain futsal dengan bekerja di salah sebuah futsal center pada umur 20 tahun untuk menyara kehidupan.
Pasukan pertama Ayon bermain secara serius dengan gaji hanya RM200.00 sebulan dan beliau melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam pada tahun 2013. Mula menyarung jersi kebangsaan pada tahun 2010 Ayon kini merupakan tonggak utama pasukan Pahang Rangers dan masih lagi tiada talent baru yang mampu setanding dengan beliau.
Pelbagai kejayaan diraih diperingkat kebangsaan atau antarabangsa. Pernah ‘dibawa’ oleh kelab SKN FC berpusat di Indonesia dan Ayon berjaya membantu kelab tersebut sukses berada di pentas final Liga Futsal Indonesia. Jaringan beliau pada saat terakhir pada perlawanan separuh akhir tidak mungkin dapat dilupakan oleh fans SKN FC.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.