Video – Highlight Pra Musim KL City FC (1) – (4) BDK FTSL
On November 4, 2021 by Wak Pivot
Kehangatan futsal kian dirasai dengan perlawanan pra musim yang kerap dilangsungkan oleh pasukan-pasukan yang bakal bersaing di MPFL musim 2022.
Setelah 2 musim hilang dari radar, MPFL bakal dijalankan pada Januari 2022 semakin menarik. Pasukan KL City tidak melepaskan peluang untuk mempersiapkan pasukan mereka.
BDK FTSL bukan calang pasukan. Mereka dibarisi oleh pemain-pemain yang pernah bermain di peringkat tertinggi futsal negara kita. Pemain yang pernah bermain di Liga Futsal Kebangsaan, SUKMA dan MPFL.
Gabungan pemain-pemain yang berpengalaman berjaya menewaskan barisan skuad muda KL CIty FC dengan jaringan 1 – 4.Menurut ketua jurulatih KL City, Jerry Dinesh. Keputusan perlawanan bukan ukuran sebenar perlawanan pra musim. Beliau menegaskan ‘match fitness’ bagi pasukan mereka adalah objektif utama perlawanan tersebut.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.