Video – Dimaki, dicaci, diherdik namun Malaysia semakin kuat!
On November 6, 2021 by Wak PivotMemaparkan sebuah video yang dimuat naik di youtube channel Ngapak Vlog. Ini adalah momen dimana pemain Malaysia diherdik dicaci dan di’boo’ oleh penonton perlawanan separuh akhir AFF 2018 berlangsung di Yogjakarta Indonesia.
Pasukan tuan rumah yang lebih dahulu tewas kepada Malaysia pada saingan peringkat kumpulan juga telah tewas kepada raja futsal asia tenggara Thailand juga pada saingan separuh akhir.
Setelah perlawanan sebenar 40 minit berakhir Malaysia berjaya mengikat pasukan Vietnam dengan jaringan 2 – 2 hasil jaringan daripada Azwan Ismail & Azri Rahman.
Bermula lah episod cacian dan makian kepada pemain negara ketika penentuan sepakan penalti. Tahniah pemain negara yang tidak sedikit pun tergugat dengan keadaan sekeliling. Malahan Vietnam berjaya kita tewaskan.
Tetapi itu cerita 2018, kini mereka berada dipentas Piala Dunia dan semakin jauh meninggalkan kita.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.