Umur bukan penghalang, Kelantan United Tagih Pengalaman Bekas Pemain Kebangsaan Jepun
On December 30, 2020 by Wak PivotMenjelang tahun kedua Kelantan United di Liga Premier musim depan, mereka terus mengorak langkah untuk menjadi pencabar utama sekaligus mahu layak ke Liga Super. Selepas memperkenalkan ketua jurulatih baru serta barisan pemain tempatan hari ini menerusi laman sosial mereka telah mengumumkan Masashi Motoyama sebagai pemain import baru.
Satu kejutan sebenarnya selepas mengetahui bekas pemain kebangsaan Jepun ini akan memasuki umur 42 tahun pada tahun depan. Jarang pasukan untuk mengambil pemain yang sudah berusia namun tidak mustahil pemain ini masih mempunyai kudrat untuk membantu pasukan nanti.
Seperti kita tahu pemain Jepun memang sangat disipilin dalam menjaga kecergasan dan prestasi mereka. Banyak pemain Jepun yang sudah berusia masih beraksi di Liga Jepun antaranya Kazuyoshi Miura (53) , Shunsuke Nakamura (41), Shinji Ono (41), Junichi Inamoto (41) dan Daisuke Matsui (39).
Usia bukan penghalang dan mungkin tidak sepantas pemain-pemain sekarang tapi pengalaman pemain baru Kelantan United ini amat diperlukan untuk membantu pasukan nanti.
“Dia berumur 41 tahun, tetapi kita dapat informasi mengatakan tahap kecergasan pemain ini berada di tahap terbaik” kata Dato’ Che Abdullah Presiden Kelantan United.
Difahamkan Masashi bakal tiba di Malaysia minggu depan dan kami merasakan tiada masalah untuk dia biasakan diri di sini kerana ada rakan sepasukan warga Jepun, Yuki Tanigawa malah jurulatih Kelantan United juga berasal dari Jepun, Akira Hagashiyama.
18 tahun dia beraksi dengan Kashima Antlers, 4 tahun bersama Giravanz Kitakyushu dan selepas ini misi baru Masashi Motoyama bersama Kelantan United.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.