Ujian Pertama Miguel Rodrigo

Setelah sebulan membawa pasukan baru, Miguel Rodrigo akan menghadapi ujian pertamanya bersama pasukan futsal Thailand apabila mereka akan bersaing di Four Nations Cup.

Four Nations Cup adalah kejohanan 4 penjuru diantara pasukan Thailand, Iran, Kazakhstan dan juga Japan yang akan berlangsung di Bangkok pada 20 hingga 23 Ogos ini.

Kejohanan ini adalah medan persiapan buat pasukan Thailand, Iran dan Kazakhstan yang akan beraksi di Futsal World Cup Colombia bermula 10 september ini. Manakalah Japan yang juga merupakan kuasa besar Asia bagi sukan futsal gagal ke world cup pada kali ini dan tempat mereka diganti oleh pasukan kerdil iaitu Vietnam.

Ini juga merupakan ujian pertama bagi jurulatih baru Thailand Miguel Rodrigo untuk membawa pasukan ini ke tahap yang lebih tinggi.

13886894_10209119961588678_5924600466356276445_n

Miguel Rodrigo bukan satu nama asing bagi sukan futsal. Selama 8 tahun beliau membawa pasukan Japan dan kita boleh lihat banyak pencapaian yang berjaya beliau dakapi bersama pasukan Japan.

Kehadiran beliau di pasukan Thailand pasti membawa satu harapan baru dan ingin membawa pasukan ini peroleh kejuaraan di Futsal World Cup 2016.

Jika dilihat di atas kertas Thailand yang menduduki tangga ke 14 ranking dunia tidak menghadapi cabaran untuk melepasi peringkat kumpulan hanya akan mendapat cabaran yang kuat dari Russia di peringkat kumpulan.

Jadual Perlawanan Nations Cup , Bangkok Thailand
20/8/2016
Kazakhstan – Iran
Thailand – Japan

21/8/2016
Kazakhstan – Japan
Thailand – Iran

23/8/2016
Iran – Japan
Thailand – Kazakhstan

Foto : Futsal Thailand & Chonburi Bluewave

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top