UiTM , KPTM Bangi julang piala Liga Futsal IPT 2016
On September 7, 2016 by FixoPasukan UiTM berjaya mendominasi Liga IPT 2016 apabila mereka berjaya mengesahkan kejuaraan dalam dua kategori iaitu kategori Liga Super dan juga Division Wanita. Manakala KPTM Bangi berjaya meraih kejuaraan bagi Liga Premier.
Juara Liga IPT edisi lalu pasukan UiTM terlebih awal mengesahkan kejuaraan apabila mereka berjaya peroleh kemenangan keatas pasukan UNIKL BMI yang mengekori rapat ketika itu. UiTM gah di persada liga dengan 12 kemenangan dan juga 2 seri. Tempat kedua Liga Super berjaya diraih oleh pasukan Kolej Komuniti Selangor manakala UNIKL BMI berada di tempat ketiga. Nasib tidak menyebelahi finalis tahun lalu pasukan UIA apabila mereka terpaksa akur di tangga kelapan liga dan mereka akan turun ke Liga Premier tahun hadapan bersama pasukan UMT.
Kejayaan UiTM ini ditambah apabila 3 anugerah sampingan iaitu pemain paling bernilai, penjaring terbanyak dan juga penjaga gol terbaik dimenangi oleh pemain UiTM manakala pemain terbaik kejohanan dimenangi oleh pemain UNIKL BMI.
Bagi Liga Premier perebutan kejuaraan diantara pasukan KPTM Bangi dan juga UTHM amat mendebarkan apabila perlawanan terakhir kedua pasukan ini amat sengit sekali. UTHM yang memerlukan kemenangan pada pertemuan itu terus memberikan asakan demi asakan namun mereka terpaksa akur apabila Muhammad Fadhli menjadi wira KPTM Bangi apabila beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan di saat akhir.
UTHM terpaksa akur ditempat ketiga manakala UKM berjaya menamatkan liga premier di kedudukan kedua sekali gus berjaya melayakkan pasukan ke Liga Super musim hadapan bersama pasukan KPTM Bangi.
Bagi kategori division wanita pasukan wanita UiTM berjaya mengikut jejak pasukan lelaki mereka apabila berjaya meraih kejuaraan pada musim ini. Pasukan UiTM bermula dengan langkah kiri apabila mereka tewas di perlawanan pertama kepada pasukan UTHM namun mereka kembali bangkit dengan peroleh kemenangan demi kemenangan. UiTM berjaya menduduki carta liga meninggalkan pasukan UTHM yang berada di kedudukan kedua dengan perbezaan 6 mata manakala pasukan UM berada di tempat ketiga.
Pengunaan format baru bagi kejohanan yang memasuki edisi ke-6 tahun ini menjadikan ia lebih menarik apabila para pemain perlu bersedia dari segi fizikal dan juga mental berikutan jadual perlawanan yang padat dalam masa yang singkat. Kejohanan ini akan diteruskan apabila 12 pasukan lelaki akan merebut Piala Liga Futsal IPT yang akan bermula pada 29 September ini.
Tahniah buat kesemua pasukan.
Liga Super
Juara : Universiti Teknologi Mara (UITM)
Naib Juara : Kolej Komuniti Selangor (KK SEL)
Ketiga : Universiti Kuala Lumpur BMI (UNIKL BMI)
Pemain Terbaik : Muhammad Nazrin Mazlan (UNIKL BMI)
Pemain Paling Bernilai : Mohammad Hafiz Ramli (UiTM)
Penjaring Terbanyak : Abdul Samad Ahmad Zulkifli (UiTM)
Penjaga Gol Terbaik : Muhammad Umar Shafiz (UiTM)
Liga Premier
Juara : Kolej Poly-tech Mara Bangi (KPTM Bangi)
Naib Juara : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Ketiga : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Pemain Terbaik : Khairul Rozikin Abu Kasim (KPTM Bangi)
Pemain Paling Bernilai : Don Faris Afiq (UKM)
Penjaring Terbanyak : Muhammad Nazmi Mohamad Norrizal (UTHM)
Penjaga Gol Terbaik : Mohamad Aizat Borhanudin (UiTM Pahang)
Division Wanita
Juara : Universiti Teknologi Mara (UITM)
Naib Juara : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Ketiga : Universiti Malaya (UM)
Pemain Terbaik : Noor Fadhilah Yahaya (UTHM)
Pemain Paling Bernilai : Norul Fathem Shahidah(UiTM)
Penjaring Terbanyak : Felicity Agnes (UM)
Penjaga Gol Terbaik : Wan Zufirah Mohd Nasir (UiTM)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.