Pasukan baru di Malaysian Premier Futsal League 2022, TRW Kelantan Futsal memulakan persediaan mereka dengan melakukan siri jelajah di Lembah Klang dengan 3 aksi persahabatan.
Ini merupakan aksi ujian pertama untuk pasukan ini dan mereka telah turun menentang Kuala Lumpur City, PDRM dan juga Negeri Sembilan. Kesemua perlawanan telah berlangsung di WNZ Sport Arena, Puchong.
Skuad yang dibimbing coach Kob membawa 23 pemain untuk diuji. Mereka memulakan siri jelajah ini dengan langkah kanan dengan menewaskan Kuala Lumpur City 4-1. Keesokan harinya mereka turun menghadapi PDRM dan perlawanan ini berlangsung dengan sengit ketinggalan satu ketika namun mereka berjaya bangkit untuk mengikat lawan 6-6.
Skuad yang dikenali dengan panggilan Red Warrior ini menggunakan peluang di Lembah Klang sebaik mungkin dengan perlawanan ujian ketiga mereka menentang Negeri Sembilan dan keputusan perlawanan itu tidak berpihak kepada mereka, tewas 1-4.
Boleh dikatakan 1 menang, 1 seri & 1 tewas satu keputusan yang baik untuk skuad Kelantan ini dengan aksi persahabatan tanpa henti selama 3 hari. Peluang yang perlu digunakan sebaik mungkin barisan kejurulatihan untuk menilai serta perbaiki segala kelemahan para pemain.
Masih ada masa untuk mereka terus melakukan persediaan untuk menjadi pesaing utama di MPFL nanti. Gomo Kelate Gomo!