
TM Piala Malaysia 2020 Ada Pemain Futsal. Siapa mereka? Jom tengok!
On November 6, 2020 by WanSha
1.Muhammad Afif Asyraf Bin Mohamad Zabawi (UiTM FC)
Afif Asyraf yang di katakan sebagai seorang pemain yang cukup lincah dan berdisiplin dalam padang, kini kembali bersama pasukan lamanya iaitu UiTM FC. Sememang dari awal dia telahpun aktif dengan bola sepak sejak di usia 11 tahun bersama pasukan Caversham Trents FC di United Kingdom.
Pada tahun 2010 ketika sedang lanjutkan pelajaran di Kolej Shahputra di Pahang, dia bergerak aktif dalam futsal sehingga mendapat perhatian daripada pengurusan futsal Pahang. Hal itu menyebabkan dia mewakili pasukan Pahang dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2010.
Kemudiannya, dia melanjutkan pelajarannya di UiTM dalam bidang Sains Sukan. Permulaannya di situ, dia sertai pasukan futsal UiTM untuk kejohanan Liga IPT. Selepas itu, dia tinggalkan futsal untuk ke bola sepak UiTM FC. Tuahnya Afif Asyraf, dia berjaya membantu pasukannya kekal di Liga Perdana.

2.Zhafri Bin Yahya (Kuala Lumpur FA)
Pemain tengah untuk pasukan KLFA ini telah aktif dalam futsal sejak di bangku sekolah lagi. Ketika itu, dia aktif bersama pasukan Remaja Semangat Pejuang (RSP) sejak usia 10 tahun lagi yang bertapak di Klang, Selangor.
Kariernya sebagai pemain bola sepak bermula selepas tamat persekolahan. Zhafri menyertai pasukan PKNS untuk Piala Presiden. Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya di UiTM Sri Iskandar sekali gus memberi peluang kepadanya untuk mewakili pasukan UiTM FC di Liga Perdana.
Setelah itu, dia dipinjamkan ke pasukan KLFA. Jangan tidak tahu ya, Zhafri turut mengakui bahawa futsal banyak membantu dalam permainan bola sepak kerana dari futsal kita boleh menjadi bagus dalam control ball, passing, shooting dan paling penting adalah quick thinking.

3.Nik Akif Syahiran bin Nik Mat (Kelantan FA)
Nik Akif ini rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan. Kebelakangan ini, pelbagai cerita pasal dia diperkatakan. Tapi, kita bukan nak cerita tentang dia mengenai apa yang dikecohkan hari ini. Akan tetapi, nak cerita tentang dia yang dulu.
Sebelum dirinya memberi focus terhadap bola sepak sepenuhnya, Nik Akif juga seorang pemain futsal yang bukan biasa-biasa. Apa yang kita dapat lihat kehebatan dia dalam bola sepak, tidak kurang hebatnya dengan apa yang dipersembahkan dalam futsal suatu ketika dahulu.
Pemain kelahiran Kelantan ini, menjadi satu daripada 12 pemain yang terpilih bagi menyarung jersi pasukan futsal Juara-Juara Milo Hidup Bola. Mereka seramai 24 orang pemain yang terpilih di Grand Final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2014 yang dibimbing oleh Coach Chiew Chun Yong. Kini, dia Bersama Kelantan FA.

- Ahmad Tasnim Fitri Bin Mohd Nasir (Felda United)
Tasnim Fitri merupakan pemain pertahanan bagi pasukan Malaysia U19 di AFC U19 Championship dan AFF U19 Championship. Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini akan beraksi bersama pasukannya iaitu Felda United di TM Piala Malaysia 2020. Menurut Tasnim sendiri, dia aktif bermain bola sepak sejak berumur 8 tahun lagi dan telah mewakili sekolah pada ketika itu.
Di bangku sekolah, dia cukup aktif dengan aktiviti yang diminati termasuklah futsal. Dengan bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya, membuatkan dia terpilih dalam Karnival Futsal Milo Hidup Bola pada suatu masa dulu. Namun, minat lebih mendalam kepada bola sepak dia memilih untuk aktif dalam bola sepak sehingga kini.

- Danial Amier ( Felda United – JDT 2021) Faiz Mazlan (Felda United)
Daniel Amier dan juga Faiz Mazlan rakan baik bermain futsal sewaktu umur 16 tahun bersama pasukan Kartalaar SC dan pernah muncul naib juara Hidup Bola Milo B16. Danial yang telah diberitakan akan menyertai JDT pada musim 2021 dan Faiz Mazlan kini ingin fokus Piala Malaysia sebelum memikirkan pasukan baru musim akan datang setelah akur penutupan pasukan Felda United.
‘Saya masih lagi belum memikirkan pasukan mana yang bakal disertai musim 2021 kerana ini memberikan lebih fokus kepada saingan TM Piala Malaysia 2020. Ini adalah pentas mustahak untuk pasukan lain menilai keupayaan sebenar saya.’ Ujar Faiz Mazlan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.