Tips Untuk Jadi Pemain Yang Berkualiti Dan Berkemahiran Tinggi
On June 6, 2018 by WanShaDi sini kami sediakan tips untuk anda tentang futsal yang menjadikan anda seorang pemain yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.
- Meningkatkan Kemahiran Kaki
Pemain yang baik perlu tahu dan mahir dalam penggunaan kasut futsal yang bersesuaian dengan kaki mereka. Hal ini kerana, terdapat beberapa aspek penting dalam penggunaan kasut ini. Antaranya adalah untuk menerima bola dari rakan sepasukan (control & trap), untuk mengacah pihak lawan dan melakukan rolling ball. Oleh itu, ianya memerlukan movement atau kepantasan yang pelbagai.
Apabila kemahiran ini dibawa ke dalam permainan bola sepak, ianya menjadi semakin mudah buat individu tersebut kerana kaki telah terlatih dan mempunyai kemahiran yang baik.
- Meningkatkan Kemampuan Diri Bermain Banyak Posisi
Dalam permainan futsal, kebanyakan pemain profesional akan melakukan all around performer dimana kesemua pemain berperanan sebagai penyerang dan pertahanan kecuali penjaga gol.
Apabila kemahiran ini di bawa ke dalam permainan bola sepak, ianya menjadi semakin lancar buat sebuah pasukan ketika membuat attacking kerana pemain yang sentiasa bersedia dan fokus akan membantu rakan sepasukan ketika menyerang dan bertahan.
- Meningkatkan Kawalan Bola Dengan Baik
Pada kemahiran ini, pemain tersebut perlu kerap dan berterusan bermain atau beraksi dalam futsal bagi mewujudkan kemahiran kawalan bola yang baik. Kemahiran dalam futsal banyak menekankan dan memerlukan teknik, taktik, kemahiran, kepantasan dan pemikiran kreatif yang juga diperlukan dalam bola sepak.
- Meningkatkan Kepantasan Berfikir
Menjadi kebiasaan berfutsal, dalam permainan ini memerlukan kepantasan berfikir. Sekiranya pemain lambat membuat keputusan, mereka akan kehilangan bola di kaki. Oleh itu, futsal melatih seseorang itu berfikir secara pantas dan mendesak untuk membuat keputusan yang segera.
- Meningkatkan Kecergasan Diri
Tempo permainan yang pantas ini secara tidak langsung membantu pemain dalam meningkatkan kecergasan dalam diri mereka. Tidak mustahil bagi seorang pemain futsal yang beralih ke bola sepak mampu mengaplikasikan corak permainan yang pantas ini ke dalam permianan bola sepak.
Artikel : Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.