Timor-Leste Bakal Menjadi Kuasa Besar Futsal ASEAN!
On November 25, 2020 by Wak GoleiroTerkejut kitorang bila dapat tahu ada 24 pasukan mengambil bahagian di liga futsal pertama di Timor-Leste yang dikenali dengan nama Pra Liga Futsal Timor-Leste. Liga ini telah pun membuka tirai pada 14 November lepas dan akan tamat pada Mac 2021.
Bayangkan untuk edisi pertama mereka dapat mengumpul 24 pasukan dan lebih kurang 480 pemain. Kalau melihat kepada poster perlawanan mereka juga berjaya mendapatkan 7 syarikat penaja antaranya yang kita tahu, Vivo (telefon) dan juga Mi Sedaap.
Penganjuran futsal ini juga merupkaan salah satu visi Persatuan Bola Sepak Timor-Leste sejak mereka menjadi ‘member associations of FIFA’ pada 200. Selepas 15 tahun akhirnya penganjuran liga futsal pertama ini berjaya dilangsungkan.
Sebelum liga ini berlangsung mereka juga telah melakukan ‘try out’. Sesi percubaan untuk semua pasukan yang beraksi di liga ini bermain satu perlawanan dan berlangsung selama 6 hari. Mungkin untuk membiasakan dengan court.
Liga ini dianjurkan oleh Futsal Association Timor Leste (AFTL) yang baru sahaja ditubuhkan awal tahun ini diketuai Herique da Costa Presiden AFTL. Satu badan asing yang diberi tanggungjawab untuk menjaga futsal sama seperti yang berlaku di beberapa negara antaranya Indonesia.
Melihat kepada langkah ini boleh nampak Timor-Leste dalam usaha untuk memajukan arena futsal mereka. Walaupun kita tahu tahap mereka masih jauh untuk dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yang lain tapi jangan terkejut kalau mereka akan menjadi kuasa besar ASEAN satu hari nanti.
Pasukan futsal Timor-Leste sekarang berada di ranking 108. Pencapaian terbaik mereka di AFF Futsal Championships 2016 dengan meraih kedudukan ke-4. Kali terakhir pasukan kita berjumpa mereka di AFF 2017, menang 7-3 untuk perlawanan pertama Malaysia di kumpulan B.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.