
‘This Is Samba’ Bawa Nama First 11 FC Beraksi Di Taiwan
On August 4, 2018 by WanShaDikhabarkan satu pasukan futsal wanita amatur daripada Malaysia iaitu pasukan This is Samba telah berangkat ke Taiwan bagi menjayakan Futsal Exchange Program yang dianjurkan oleh Taitung National University selama 3-9 Julai 2018.
Program ini termasuk sesi latihan selama 3 hari bersama jurulatih AFC Futsal, Thomas Chen yang disertai pasukan Taitung National University senior dan junior.
Walaubagaimanapun, menurut wakil pasukan This is Samba yang dikenali sebagai Hanna memaklumkan bahawa mereka tidak membawa nama This is Samba. Namun, mereka telah membawa nama First 11 FC.
Menurut laporan media Taiwan, program tersebut diadakan bagi memberikan pengalaman dan pendedahan serta meningkatkan kekuatan fizikal dan mental kepada pemain tempatan mereka.
Kemudiannya, mereka telah menyertai kejohanan yang diadakan yang disertai oleh 8 pasukan iaitu First 11 FC (Malaysia) dan 7 pasukan daripada Taiwan.
Hanna turut memaklumkan bahawa pasukannya akan membawa nama First 11 FC bagi kejohanan-kejohanan yang akan datang.
Menurut Hanna, First 11 FC adalah satu kelab rasmi yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri sama seperti pasukan futsal wanita yang lain.
Harapan mereka adalah ingin menyertai perlawanan antarabangsa setiap tahun.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.