
“Thailand , Indonesia Akan Ke Final Kejohanan AFF Futsal 2016” Qusmaini
On January 21, 2017 by FixoKetua jurulatih pasukan futsal Brunei Darussalam, Qusmaini Noor Rusli menjangkakan pasukan Thailand dan Indonesia akan ke pusingan akhir Kejohanan Futsal AFF 2016 yang akan bermula pada 23 Januari ini.
Qusmaini Noor Rusli yang juga merupakan ketua jurulatih pasukan BJL 2000 Shiba (Pro League Indonesia) sempat untuk ke Jakarta sebelum ini untuk bersama pasukanĀ itu turun beraksi di perlawanan persahabatan menentang pasukan futsal Indonesia.
Perlawanan yang berlangsung sangat sengit itu berkesudahan dengan kemenangan pasukan Indonesia dengan jaringan 7-5.
Menurut Qusmaini, pasukan Indonesia pada kali ini memiliki satu skuad yang solid dan melengkapi satu sama lain untuk menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan untuk kejohanan tersebut.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.