Syawal Sedia Beri Tentangan Untuk Dapatkan Tempat
On December 25, 2021 by Wak GoleiroPasukan Selangor MAC merupakan pasukan pertama yang memberi tawaran kepada penjaga gol meningkat naik, Muhammad Syawal Sabaruddin untuk mengisi satu kekosongan dalam posisi penjaga gol membuatkan Syawal tak tunggu lama untuk menerima tawaran tersebut.
Penjaga gol kebangsaan ini sepatutnya bermain bersama pasukan Sabah namun tiada rezeki untuk dia bersama pasukan tersebut kerana difahamkan Sabah telah membubar pasukan.
“Untuk posisi penjaga gol ini agak susah berbanding posisi lain untuk mendapatkan pasukan bermain lagi-lagi bila dalam tempoh akhir pendaftaran pemain dimana kebanyakan pasukan sudah melakukan persiapaan dan posisi tersebut sudah diisi. Jadi bila dapat tawaran daripada Selangor MAC memang saya terus terima”.
Syawal telah mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol muda, Afiq Miswan yang dipinjamkan ke pasukan KPT-PST Mustangs berikutan Afiq merupakan pelajar di Politeknik. Dia bakal bersama Hadee Taufik dan Syaifuddin Syukri bagi menjaga benteng terakhir Selangor MAC di MPFL 2022 yang akan dilatih oleh jurulatih penjaga gol Firdaus Razali.
Berdasarkan barisan penjaga gol saingan yang hebat untuk ketiga-tiga pemain ini nanti untuk merebut tempat dalam senarai pemain di setiap perlawanan di mana Hadee dan Syukri sentiasa beraksi dengan cemerlang setiap kali diturunkan.
“Sudah pasti satu cabaran yang sengit untuk dapatkan peluang bermain, dengan pengalaman Hadee dan Syukri yang lebih banyak pengalaman daripada Syawal. Tapi ini bukan halangan tetapi sebenarnya satu semangat untuk Syawal untuk lebih berusaha dalam masa sama belajar sebanyak mungkin dengan mereka dan juga coach Firdaus. Jika diberi peluang bermain Syawal akan berikan sehabis baik untuk Selangor MAC.”
Selangor MAC merupakan pasukan keempat Syawal dalam karier di peringkat tertinggi futsal ini, bermula dengan pasukan Felda United di Liga Futsal Kebangsaan 2018, kemudian berhijrah ke Perak untuk 2 musim sebelum ke Sabah FA pada awal tahun ini.
Syawal berharap dia dapat bersama membantu pasukan barunya ini untuk mengekalkan kejuaraan MPFL musim kedua sekaligus ingin bersama pasukan ke saingan upaya selangor mac dapat menjulang kejuaraan MPFL buat kali kedua , agar selangor mac layak bermain di AFC Club Championships.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.