Stylo Mylo Blue & Darul Naim Tawan Hidup Bola Milo Di Johor
On July 23, 2018 by FixoSelepas Stylo Mylo Green muncul naib juara di sirkit Selangor mereka tidak menunggu lama untuk menghantar satu lagi wakil di sirkit Johor Sabtu lepas. Kali ini sekali lagi pasukan ini membuktikan kemampuan apabila Stylo Mylo Blue berjaya mara ke perlawanan akhir dan kali ini mereka berjaya dinobatkan sebagai juara bagi kategori bawah 12 tahun.
Skuad Stylo Mylo Blue berjaya menewaskan pasukan ABS Monuha (B) 2-0 untuk membawa pulang medal dan wang tunai sebanyak RM 800 ringgit. Selain mengesahkan tempat ke Grand Final, 2 pemain Stylo Mylo Blue turut dinobatkan sebagai pemain terbaik iaitu Md Zafri Zaidi dan juga penjaga gol terbaik Aaron Aliff.
Bagi kategori B-16 pula harapan pasukan dari Selangor, Court Soccer ‘A’ untuk meraih kejuaraan tidak kesampaian apabila mereka tewas 0-2 kepada pasukan Darul Naim di perlawanan akhir yang berlangsung dengan sengit sekali.
Penjaga gol Darul Naim, Mohd Haziq Mokhtar telah beraksi dengan cemerlang menyelamatkan percubaan pasukan lawan sekaligus dia dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik manakala adik Putra Amirul daripada Darul Naim turut dinobatkan sebagai pemain terbaik.
Selepas ini karnival ini akan disambung minggu depan, 28 Julai di Jesseball Sport Center, Pulau Pinang. Cepat daftar pasukan anda sekarang dan kita jumpa di sana.
Keputusan penuh Hidup Bola Milo Johor.
Bawah 12 Tahun
Juara : Stylo Mylo Blue
Naib Juara : ABS Monuha (B)
Ketiga Bersama : Rambai Muda FC & Kombat Fighter
Bawah 16 Tahun
Juara : Darul Naim
Naib Juara : Court Soccer ‘A’
Ketiga Bersama : Ally FT & Soccer Extreme
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.