Setelah diumumkan PKPB bagi negeri-negeri selain daripada Pahang, Kelantan dan Perlis, ramai bertanya-tanya apakah SOP terbaru bagi sukan dan rekreasi. Jadi ingat kepada semua. SOP adalah sesuatu yang WAJIB kita patuhi bagi mengekang Covid19
Aktiviti sukan yang tidak bersentuhan fizikal (indoor dan outdoor) dan dijalankan secara individu atau tidak melebihi 10 orang dalam setiap aktiviti seperti berjogging, berbasikal hiking dan lain-lain.
Aktiviti di padang bola sepak, gelanggang futsal dan dewan badminton yang mempunyai premis di benarkan beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 10.00 malam dengan mematuhi SOP yang telah di tetapkan.
Kebenaran beroperasi dan menggunakan fasiliti padang dan futsal untuk orang awam adalah terhad bagi aktiviti latihan sahaja yang mana tidak melibatkan sentuhan fizikal dan maksimum 10 orang sahaja dalam satu masa. Sekiranya terdapat ramai peserta pengusaha dan operator perlu meghadkan jumlah tidak melebihi 10 orang seperti yang telah di tetapkan oleh MKN.