Skuad Wanita Negara Optimis
On September 15, 2015 by Wak FaizalSelepas menamakan 16 pemain terbaik bagi latihan pusat terakhir dan seterusnya membawa cabaran negara ke Kejohanan AFC Futsal Wanita 2015 di Nilai, ketua jurulatih negara Chiew Chun Yong meletakkan sepenuhnya harapan dan kepercayaan terhadap barisan yang telah mempamerkan semangat juang serta kualiti yang membanggakan pada 3 latihan pusat terdahulu.
Ketua jurulatih itu turut menyatakan latihan pusat terakhir ini akan lebih memfokuskan pada strategi pasukan dan juga taktikal bagi menentang pasukan berkualiti seperti Iran, Uzbekistan dan Hong Kong.
“Kami hanya mempunyai 2 perlawanan persahabatan bagi menguji taktikal dan strategi terhadap pemain kita. Selain daripada itu sudah semestinya kekuatan mental turut menjadi keutamaan saya dalam menerapkan taktikal yang sesuai dan keadaan semasa menunjukkan perkembangan yang positif kerana pemain berada di momentum yang terbaik ketika ini”, ujar beliau yang gembira dengan situasi terkini.
” Dalam masa yang sama semangat harmoni sepasukan turut perlu diperkemaskan supaya seiring dengan kekuatan fizikal dan mental mereka”, katanya lagi.
Kerjasama yang baik dari penolong jurulatih, Jamhuri Zainuddin dan jurulatih penjaga gol, Tani Rosekelly yang membantu sewaktu sesi latihan turut memudahkan mereka untuk memikirkan taktikal serta ramuan terbaik buat pemain negara.
Beliau turut berharap walaupun dengan masa yang terhad bagi menyediakan pasukan ini dan juga kekurangan pendedahan perlawanan antarabangsa menjadi kerisauannya namun, beliau serta pembantunya tidak seharusnya mengeluh dengan masalah tersebut tetapi mereka perlu meneruskan usaha bagi menampung kepincangan yang berlaku dengan merencanakan beberapa ramuan yang terbaik bagi menghadapi pada kejohanan ini.
Namun, beliau mempunyai sasaran yang tinggi apabila mensasarkan untuk skuad negara melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan yang julung kali diadakan ini.” Walau apa pun dugaan, pasukan ini perlu mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan saya meletakkan kepercayaan pada pemain-pemain saya”, tegas beliau yang yakin dengan kemampuan anak buahnya.
Skuad negara akan memulakan aksi pada 21 September ini menentang Uzbekistan. Diharapkan peminat futsal negara dapat memenuhkan Stadium Tertutup Nilai bagi memberikan sokongan kepada skuad negara yang pasti memerlukan sokongan dari anda semua.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.