
Skuad Negara Pamer Kebangkitan Kecewakan Vietnam
On October 17, 2015 by Wak FaizalSkuad negara mempamerkan aksi persis ”Harimau Malaya” apabila bangkit dari ketinggalan bagi menghadiahkan kemenangan bermakna buat skuad negara bagi mencatatkan kedudukan ke-3 terbaik bagi Kejuaraan Futsal AFF 2015 yang berlangsung di Bangkok.
Anak buah Marcelo Serpa yang bangkit dari 2 kali dalam perlawanan itu mempamerkan aksi luar biasa bagaikan mendengar denyut harapan seluruh pencinta futsal negara walaupun satu ketika ketinggalan 1-3 dan kembali menyamakan kedudukan untuk tamat babak pertama.
Saingan pada babak kedua juga berdepan situasi yang sama apabila sekali lagi skuad negara ketinggalan dengan keputusan 3-5 sebelum bangkit bagi membuktikan kepada semua bahawa peningkatan yang dicanang terhadap prestasi mereka adalah suatu yang benar.
Berbekalkan dengan disiplin para pemain dan juga ketangkasan Firdaus Razali di gawang serta keupayaan Saiful Nizam Mohamad Ali yang menjaringkan hatrik pada perlawanan ini merupakan tunjang kepada kejayaan skuad negara disamping taktikal yang direncanakan oleh Marcelo Serpa dan pembantunya.
Mohd Khairul Effendy, Muhamad Fitri Yatim dan Ahmad Fawzul Hadzir turut meledakkan jaringan buat skuad negara pada perlawanan menentang Vietnam tersebut bagi mengimbangi jaringan serta asakan demi asakan yang dijana oleh lawan yang menduduki ranking ke-.43 dunia. Walaupun Vietnam kelihatan lebih banyak mengasak namun skuad negara harus berterima kasih kepada kewibawaan Mohd Firdaus Razali yang bertungkus-lumus menyelamatkan gawang Malaysia dari dibolosi dengan lebih banyak dalam aksi ini.
Kemenangan ini juga turut berjaya membuktikan serta menepis segala kritikan yang dilemparkan ketika skuad negara tewas di tangan Thailand dan Australia apabila ada yang seperti kurang mempercayai kemampuan skuad negara dan segalnya telah dibuktikan oleh para pemain negara bahawasanya mereka sudah berusaha sedaya upaya bagi mencapai keputusan yang baik.
Bukan mahu memberikan alasan namun Thailand dan Autralia merupakan pasukan di tangga ke-17 dan 23 dunia dan kini skuad negara berada dilandasan yang terbaik untuk bersaing hebat dengan kedua-dua negara cuma skuad negara memerlukan masa untuk mencapai ke tahap seiring dengan mereka kerana sekiranya mahu mencapai sebuah kegemilangan itu memerlukan pelan pembangunan serta infrastruktur yang baik seperti yang pernah diutarakan oleh ketua jurulatih wanita negara, Encik Chiew Chun Yong.
Ketua pasukan negara, Mohd Firdaus Razali yang dihubungi memuji semangat juang tinggi rakan sepasukannya dalam perlawanan semalam.
” Semua pemain memberikan aksi yang terbaik semalam dan menyempurnakan peluang dengan sangat baik bagi mencipta kejayaan”.Ujar penjaga gol berpengalaman luas tersebut.
” Yang paling penting adalah para pemain tidak berputus asa walaupun 2 kali ketinggalan dengan defisit 2 gol dan ditambah pula dengan sokongan dari penyokong Malaysia yang hadir dan juga penyokong Thailand yang turut menyokong kami semalam, terima kasih diucapkan”. Tambah Firdaus lagi.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.