Skuad Futsal Wanita Negara Pasang Impian Ke Final

Skuad negara yang dikendalikan oleh ketua jurulatih baru, Addie Azwan Zainal sedang giat membuat persiapan terakhir menjelang kejohanan ini.

Dalam setiap perlawanan perlu mempunyai corak permainan yang unik dan berbeza. Menurut Coach Addie, dia akan terapkan corak permainan yang baru berbanding corak permainan yang telah dipersembahkan di friendy match menentang Indonesia tempoh hari.

“Kita tengok pada keadaan game itu nanti. Di situ saya akan tetapkan yang mana sesuai untuk digunakan”, kata Coach Addie.

Seperti yang telah dihebahkan, Malaysia akan bertemu Vietnam, Chinese Taipei dan Bangladesh di peringkat kumpulan. Menurut Coach Addie yang dihubungi melalui Whatsapp, Malaysia tetap berwaspada dengan pasukan Bangladesh. Hal ini kerana, Bangladesh merupakan sebuah pasukan yang baru dan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku.

Foto: FAM

“Vietnam dan Chinese Taipei kita pernah bertemu. Jadi, kita boleh menjangkakan corak permainan mereka.

Berdasarkan perlawanan persahabatan tempoh hari, saya rasa pemain menunjukkan prestasi yang baik dan disiplin yang tinggi. Saya berharap mereka dapat kekalkan sehingga kita ke final AFC ini”, katanya dengan penuh harapan.

Seramai 14 pemain yang telah dibawa ke Bangkok dan 6 pemain yang telah digugurkan dalam skuad negara.

“Harapan saya yang pertama adalah ingin melihat corak permainan kita berubah yang membawa kemenangan untuk setiap game. Insya Allah target saya adalah final”, katanya.

Kami di Arena Futsal Malaysia mendoakan kemenangan menjadi milik skuad negara kita.

 

Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top