Skuad Futsal Negara Sertai Kejohanan Di Hunan, China
On June 18, 2017 by FixoPengendali skuad futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong mengesahkan barisan pemain negara akan menyertai kejohanan empat penjuru di Hunan, China dari 23 hingga 25 Jun ini sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan.
Saingan di Hunan itu membabitkan penyertaan England, Republik Czech dan juga tuan rumah, China.
Bagi Chun Yong, kejohanan itu mampu menguji kemampuan skuad negara menjelang Sukan SEA dan dia mengharapkan pemain akan turut berupaya menyerlahan aksi yang diharapkannya dalam kejohanan itu.
“Saya mengharapkan keputusan yang positif daripada pemain-pemain di China nanti. Republik Czech akan menjadi lawan yang sangat baik bagi menguji taktikal kami,” kata Chun Yong.
Chun Yong turut berpuas hati dengan persiapan skuad negara sepanjang bulan Ramadan kini yang menyaksikan pemain tetap memberikan komitmen terbaik walaupun mengharungi sesi latihan dan beberapa aksi persahabatan pada lewat malam.
Sementara itu, tonggak pertahanan futsal negara, Mohd Azwann, turut melontarkan keyakinan terhadap peluang skuad negara meraih emas dalam Sukan SEA kali ini berlandaskan persiapan yang sudah dilakukan.
“Saya dapat melihat peningkatan dalam mutu permainan kami, saya berharap dapat menampilkan persembahan yang cemerlang,” kata Azwann.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.