Skuad Futsal Lelaki ke China Ukur Kemampuan
On June 14, 2017 by FixoTonggak pertahanan skuad futsal negara, Mohd Azwann Ismail, optimis pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bukan sesuatu yang di luar jangkauan barisan negara walaupun Thailand akan turun sebagai pilihan utama.
Bagi Azwann, beraksi di laman sendiri dalam temasya dari 17 hingga 30 Ogos depan itu sudah cukup untuk memberi motivasi penting buat mereka.
Pemain futsal Felda United itu yakin barisan negara mampu menangani Thailand jika kesemua pemain terus memberi komitmen terbaik.
“Kami menjalani persiapan dengan baik sebelum berlepas ke China.
“Aksi di China nanti adalah penanda aras buat kami untuk menghadapi Sukan SEA,” kata Azwann.
Dalam pada itu, pengendali futsal negara, Chiew Chun Yong, berpuas hati dengan persiapan skuad negara menjelang Sukan SEA.
Bagi Chun Yong, pemain negara perlu bersikap positif apabila berdepan negara serantau seperti Thailand dan Indonesia.
Ini kerana Chun Yong percaya dua pasukan itu juga pasti berasa gusar untuk berdepan Malaysia yang beraksi di laman sendiri.
“Pemain negara menunjukkan banyak peningkatan.
“Saya juga mengetengahkan banyak taktikal sebagai fokus untuk menghadapi Sukan SEA, terutama apabila berdepan Indonesia, Vietnam dan Thailand.
“Kami mempunyai perancangan tersendiri untuk menghadapi ketiga-tiga pasukan itu,”ujarnya.
Artikel oleh Astro Arena/Stadium Astro
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.