Shahrul Bangga Dapat Harumkan Nama Terengganu

Terengganu dinobatkan juara keseluruhan SUKMA 2018 dengan pungutan pingat sebanyak 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa. Menjadikan jumlah keseluruhan adalah 160 pingat yang diperolehi.

Walaubagaimanapun, skuad futsal Terengganu lelaki berjaya menyumbangkan pingat perak buat kontijen manakala skuad wanita terpaksa akur ditempat ke-4.

Seorang daripada pemain skuad lelaki, Syed Shahrul Niezam Bin Syed Abdul Rahim berjaya menambat hati ketua jurulatih skuad negara U20 kerana dipanggil untuk bersama skuad negara U20 baru-baru ini.

“Harapan saya agar dapat membantu mengharumkan nama Malaysia pada kejohanan yang akan datang dan saya akan berjuang sehabis-habisan untuk negara yang tercinta!”, katanya.

Berbalik kepada SUKMA, Shahrul berasa gembira dan terharu kerana berjaya membantu pasukan memperoleh pingat Perak di kejohanan ini.

Mengimbau kembali ketika perlawanan menentang pasukan tuan rumah, Terengganu berjaya dengan jaringan tipis, 4-3.

“Saya amat berpuas hati dengan pasukan saya kerana 100% fokus pada perlawanan itu”, komennya.

Di perlawanan akhir menentang WP Kuala Lumpur, Terengganu dihukum dengan jaringan 1-7.

“Ketika menentang WPKL, kami telah cuba sedaya upaya. Tetapi, pasukan nampak begitu letih sedikit kerana telah ‘all out’ ketika menentang Perak di semi-final. Kami cuba bangkit tetapi rezeki tidak memihak kepada pasukan Terengganu”, luahnya.

Pemain muda yang berusia 19 tahun ini turut meluahkan rasa bangga dan bersyukur dengan diri sendiri kerana dapat berjuang untuk negeri sendiri .

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian setakat ini kerana pencapaian inilah paling tinggi dalam hidup saya apabila dapat mengharumkan nama negeri sendiri”, kongsinya lagi.

 

Foto : SUKMA Perak 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top