Shahril Anuar MVP Malaysia Bawa Cabaran Di Tango League Global Event, London
On June 1, 2017 by FixoTuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah peribahasa yang sesuai untuk kita ungkapkan kepada pemain Tot United, Mohd Shahril Anuar yang terpilih untuk membawa cabaran negara di Tango League Global Event di London bermula 31 Mei hingga 4 Jun 2017.
Shahril Anuar atau lebih dikenali dengan panggilan Bulat telah dinobatkan sebagai Most Valuable Player (MVP) di Tango League Malaysia, Mac yang lepas dimana pasukannya Tot United A telah menjadi juara setelah menundukkan pasukan One United 7-2. Selaku juara pasukan Tot United membawa pulang hadiah wang tunai RM5000 manakala selaku MVP, Shahril menerima tajaan daripada Adidas selama setahun dan berpeluang menyertai 38 MVP dari negara lain ke Tango League Global Event.
Apa yang menarik kami ingin kongsikan di sini adalah aktiviti-aktiviti yang dia akan sertai sepanjang berada di sana. Kalau lihat atas aturcara program dia sepanjang berada di sana pasti anda semua akan cemburu. Ia satu pengalaman yang susah untuk kita dapat dimana-mana.
- Kesemua MVP akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan terima satu Mentor. Berikut merupakan 4 Mentor yang akan bersama kumpulan tersebut.
- Beraksi di Cage Challenge
- Nemesiz Event
- Melawat YouTube Space
- Melawat Stamford Bridge, Chelsea
- O2 Experience
- Saksikan Champions League Final
Kesemua perbelanjaan Shahril di London akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Adidas malah dia jugak akan menerima Tango Cash Card dan juga Adidas Kit.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.