Shah Alam City Sedia Berikan Saingan Terbaik di MPFL!
On November 29, 2021 by Wak GoleiroMenjelang saingan Malaysian Premier Futsal League 2022 kita bakal melihat pasukan Selangor Shah Alam City akan membuat penampilan pertama mereka secara rasmi selepas musim 2021 dibatalkan.
Shah Alam City bakal dibimbing oleh jurulatih muda Muhamad Fitri Yatim yang bukan lagi nama asing di arena futsal, pernah menyarung jersi kebangsaan malah pernah menjulang piala Liga Futsal Kebangsaan bersama Felda United.
Pasukan di bawah selian Majlis Bandaraya Shah Alam telahj melakukan persiapan dan kini dalam fasa akhir dalam pemilihan pemain. Malah baru-baru ini 3 perlawanan persahabatan terakhir mereka berakhir dengan kemenangan bersih, menang 5-3 dengan Kuala Lumpur City, 3-2 dengan Selangor Tot United dan terakhir menewaskan kelab dari Kedah, Kuala Muda FC dengan jaringan 11-4.
Melihat kepada barisan pemain yang ada pasukan ini dilihat sebagai satu pasukan yang bakal menjadi pesaing hebat di liga nanti.
“Dari segi pemain kebanyakkan kita kekalkan dari tahun lepas dan separuh daripadanya adalah pekerja MBSA sendiri.”
“Persediaan sekarang memang padat kerana kekurangan masa, kami baru sahaja bermula awal bulan ini tapi itu menjadi alasan dan tak ada yang mustahil untuk kami bersedia sepenuhnya sebelum liga bermula Januari depan.”
Tambahan Fitri Yatim, walaupun ini pasukan baru tapi mereka berjanji akan berikan saingan yang hebat kepada pasukan-pasukan lain.
Antara pemain yang bakal menyarung jersi pasukan ini nanti seperti Saiful Aula, Shahmi Farhan, Dhiyaul Ezdiaq, Muhd Aliff dan Al Haziq. Pemain-pemain yang ada pengalaman bermain di saingan liga sebelum ini.
Dengan kehadiran pasukan Shah Alam City ini lebih banyak saingan hebat bakal kita lihat dalam merebut kejuaraan MPFL musim kedua tahun depan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.