Shafiazsar Dan Aizat Watak Penting Dalam Pasukan UMT
On March 25, 2016 by Wak FaizalTewas pada perlawanan pertama bukanlah satu kegagalan yang kekal tetapi jika ambil dari sudut positif ia boleh menjadi pengajaran untuk kita perbaiki kesilapan yang dilakukan dan itu yang dilakukan oleh Juara pusingan kelayakan Liga Futsal IPT 2016 pasukan Universiti Malaysia Terengganu.
Pasukan kendalian Syafiq Aizat ini tewas pada perlawanan pembukaan kepada pasukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan jaringan 4-3 namun bangkit dengan satu semangat juang yang tinggi dan mara ke perlawanan akhir.
Rezeki menyebelahi mereka apabila jaringan tunggal ketua pasukan mereka Shafiazsar membawa pasukan ini menjadi juara dan turut berjaya layak ke Liga Super Futsal IPT 2016.
Dua watak penting dalam pasukan ini yang sering memberikan tekanan kepada pasukan lain dan ia memberikan kelebihan buat pasukan ini. Pemain tersebut adalah Muhammad Shafiazsar atau lebih dikenali dengan panggilan Balok dan Aizat Saari.
Teknik yang baik serta kelincahan kedua dua pemain ini terbukti apabil Shafiazsar berjaya meraih pemain terbaik kejohanan dan Aizat berjaya menjadi penjaring terbanyak dengan 13 gol secara keseluruhan.
Ikuti temu bual wartawan Arena Futsal Malaysia bersama kedua-dua pemain ini.
AFM : Anda boleh dikatakan antara watak penting dalam pasukan UMT dan juga telah dinobatkan sebagai pemain terbaik (Shafiazsar) dan juga penjaring terbanyak Aizaat. Boleh komen sedikit.
S : Watak penting itu mugkin tidak dan mungkin betul. Tetapi bagi saya kemenangan ini ada hasil kerjasama kami yang diterapkan dalam pasukan. Syukur alhamdulillah kerana saya dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam kejohanan kali ini namun ia tidak akan berjaya tanpa bantuan rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus lumus dan bekerjasama dalam pasukan. Tanpa mereka tiada pemain terbaik untuk diri saya.
A : Tiada watak penting dalam sesebuah pasukan. Bagi saya kami semua sama. Apa yang saya fikir hanya bermain dalam satu pasukan. Tanpa rakan sepasukan tiadalah saya sebagai penjaring terbanyak. Sesiapa pun yang dipilih untuk mewakili universiti masing-masing pasti ingin memberikan aksi yang terbaik. Target saya hanya untuk sama-sama membangunkan pasukan UMT dan kalau dinobatkan penjaring terbanyak itu namanya rezeki.
AFM : Perlawanan pertama telah tewas pada UTHM namun pasukan UMT bangkit dan berjaya menjadi juara,boleh komen?
A : Ya kami memang kalah pada perlawanan pertama. Sama seperti waktu di Grand Final Futsal IPT 2015 di IIUM Kuantan. Namun kata orang melayu “berjuang hingga titisan darah yang terakhir” dan fokuskan game yang seterusnya. Kalah di dalam peringkat grouping tak semestinya kalah dalam pertandingan itu. Jadi kita hanya perlu fokus dan buat sehabis habis baik untuk game yang seterusnya.
AFM : Sebagai ketua pasukan (Shafiazsar) anda memainkan peranan yang penting di dalam pasukan, boleh komen?
S : Saya sebagai ketua pasukan UMT memainkan peranan yang penting dalam pasukan dengan memberi motivasi dan conduct team supaya tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa selagi wisel tamat belum dibunyikan.
AFM : Apakah harapan untuk diri anda dan pasukan UMT menjelang Liga Super Futsal IPT yang akan bermula tidak lama lagi.
S : Harapan saya untuk adalah untuk bermain di Liga Futsal Kebangsaan dan ingin menyarungi jersi kebangsaan satu hari nanti. Harapan untuk pasukan saya adalah untuk membawa pasukan UMT menjadi juara Liga Super Futsal IPT dan Piala Liga Futsal IPT.
A : Saya berharap agar team UMT akan terus meningkat sedikit demi sedikit. Biarlah orang kata kami hanya team “underdog” dan kami tidak kisah untuk digelar sebegitu. Banyak lagi ilmu futsal yang perlu kami pelajari. Bak kata orang, “kita kalah sama sama , kita menang pun sama sama”. Bagi diri saya pula saya berharap dapat menjadi pemain yang disegani satu hari nanti.
Foto Kredit : Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.