
Senarai Pemain ATM Yang Bersedia Gempur di MPFL 2022
On January 6, 2022 by Wak FaizalLebih kurang seminggu lagi sebelum kempen Malaysian Premier League Futsal 2022 bermula dan pasukan ATM kini dalam persiapan terakhir sebelum turun dengan pasukan yang berwajah baru.
Semestinya skuad 8 tahun lalu ketika mereka bermain di Liga Futsal Kebangsaan berbeza kerana kali ini ATM tampil dengan gabungan 3 anggota badan Tentera yang berbeza.
20 pemain yang terpilih kali ini merupakan gabungan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Menurut ketua jurulatih Izmir Firdaus, para pemain ini dipilih melalui Kejohanan Interservis Antara Perkhidmatan Tentera.
Sekarang kesemua pemain berada di kem latihan pusat di Pangkalan Udara Sendayan dan mereka akan berpusat di sana sehingga tamat MPFL 2022.
Pasukan yang baru ditubuhkan semula ini akan turun dengan misi mencapai sasaran 8 pasukan terbaik dalam liga sekaligus ingin memberikan saingan sengit buat semua pasukan yang sudah berpengalaman.
ATM akan memulakan saingan MPFL menentang TRW Kelantan.
Berikut merupakan senarai pemain ATM:
- Mohd Azizul bin Zainun
- Wan Sazman bin Wan Mat
- Mohd Shamsuri bin Saleh
- Mohamad Afiq bin Mohamed Subri
- Alif Iqwan bin Hussin
- Mohamad Syafuan bin Azizan
- Wan Ahmad Baihaki Atiqullah bin Wan Ibrahim
- Muhammad Iqbal bin Zainol
- Mohamad Fazal Asyraf bin Fazal Rahim
- Saiful Azuan bin Abu Halipah
- Aniq Syazani bin Abu Salim
- Mohd Amil Hafidzi bin Md Yusiani
- Razimar bin Opao
- Muhammad Fazli bin Abu Bakar
- Mohamad Syaiful Syafiq bin Zuraimi
- Andrew ak Charlie
- Mohd Izzul Syahmi bin Ahamad Surian
- Muhammad Muhaymin bin Zamri (U19)
- Muhammad Shahhamin bin Shahbani (U19)
- Muhammad Amirul Hakimi bin muhd Admi (U19)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.