SENARAI AKHIR 14 PEMAIN KE KEJUARAAN FUTSAL WANITA AFC 2018 DI BANGKOK, THAILAND
On April 30, 2018 by WanShaBerikut senarai 14 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Addie Azwan Zainal untuk membawa cabaran Malaysia pada Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 di Bangkok, 2 hingga 12 Mei 2018.
BIL |
NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
NUR IZZATI KHAIRUDIN |
30 |
FIX |
FELDA UNITED |
2. |
HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN |
26 |
ALA |
FELDA UNITED |
3. |
SITI ASNIDAH ZAMRI |
19 |
ALA |
FELDA UNITED |
4. |
ZUR’AIN KAMARUDIN |
21 |
ALA |
FELDA UNITED |
5. |
INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI |
19 |
PIVOT |
FELDA UNITED |
6. |
SITI NUR ATIQAH RASHID |
26 |
PIVOT |
FELDA UNITED |
7. |
WAN ZUFIRAH MOHD NASIR |
25 |
GK |
SELANGOR UNITED MPSJ |
8. |
NUR SHAZREEN MUNAZLI |
25 |
FIX |
SELANGOR UNITED MPSJ |
9. |
NORHAWA MD YASIN |
25 |
FIX |
SELANGOR UNITED MPSJ |
10. |
STEFFI SARGE KAUR |
30 |
PIVOT |
SELANGOR UNITED MPSJ |
11. |
FATIN SHAHIDA AZMI |
27 |
ALA |
SELANGOR UNITED MPSJ |
12. |
NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI |
26 |
ALA |
PERAK |
13. |
NOORASYIEMAH MOHAMAD RASHID |
24 |
GK |
PERAK |
14. |
MASYITA MOHD TAJIB |
29 |
ALA |
NEGERI SEMBILAN |
Enam pemain daripada senarai awal 20 pemain sebelum ini telah pun digugurkan iaitu penjaga gol, Cassandra Devi Jeremiah, Nur Haniza Saarani, Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin, Syazalina Mohd Affandi, Noor Hedayah Md Amin dan Rabiah Bishriyah Abdul Kadir.
Skuad kendalian Addie Azwan yang dibantu Mohd Arif Hamidi Sayuti selaku penolong jurulatih dan Azlizan Ilyas selaku jurulatih penjaga gol telah mengharungi empat perlawanan persahabatan di Bandung, Indonesia dari 15 hingga 22 April lalu yang menyaksikan mereka seri 3-3 dengan ISOLA FC, seri 1-1 dengan skuad kebangsaan Indonesia, menang 4-1 dengan skuad kebangsaan Indonesia dan seri 2-2 dengan FKB FC.
Pada Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 ini, skuad futsal wanita kebangsaan yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka tirai saingan menentang Bangladesh pada 2 Mei (7.00 malam waktu Malaysia), sebelum bertemu Chinese Taipei pada 4 Mei (7.00 malam waktu Malaysia) dan Vietnam pada 6 Mei (4.30 petang waktu Malaysia). Ketiga-tiga perlawanan akan diadakan di Bangkok Arena.
Jika berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, Malaysia akan berdepan wakil dari Kumpulan A sama ada tuan rumah, Thailand, Hong Kong, Indonesia atau Macau pada peringkat suku akhir pada 9 Mei. Seterusnya separuh akhir dijadual pada 10 Mei dan final pada 12 Mei.
Pada edisi pertama iaitu pada tahun 2015 di Nilai, Negeri Sembilan, skuad futsal wanita kebangsaan yang ketika itu dibimbing Chiew Chun Yong (jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan sekarang) berjaya mengakhiri kempen di tempat keempat.
Artikel: FAM
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.