Selangor, Shah Alam City Himpit Pahang Rangers
On June 30, 2024 by Al-Zaim ArzamanTumbangnya Pahang Rangers kepada Selangor memberikan lawannya itu ruang untuk mendekatkan jurang mata apabila hanya dipisahkan dengan satu mata bersama pencabar lain iaitu Shah Alam City, yang mengikat mata yang sama, di kedudukan ketiga dan keempat liga.
Dua aksi minggu ke-8 Divisyen 1, Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 berlangsung semalam dengan Selangor dan Shah Alam City berhasil melakar kemenangan. Pastinya kemenangan Selangor adalah keputusan paling menarik tatkala menewaskan Pahang Rangers.
Beraksi di laman sendiri, Selangor menang tipis 6-5 ke atas lawannya itu waima pada satu ketika selesa mendahului aksi 4-0. Sememangnya di luar jangkaan apabila dalam hanya 10 minit, pelawat sudah dibolosi tiga gol menerusi Syahir Iqbal, Well Pereira dan Faris Johan.
Selepas Well Pereira menambah gol ke-4 buat tuan rumah, lawan bangkit menerusi jaringan Felipe de Souza pada minit ke-12 sebelum Murilo Saad menambah satu lagi gol, dua minit berselang. Namun, Selangor tidak memberikan ruang apabila Syahir menambah jurang gol.
De Souza mencetak gol kedua peribadi sebelum pemain baharu Selangor, Gabriel Rosa berhasil meledak gol ke-6 Selangor di minit ke-17.
Kedudukan 6-3 bertahan agak lama sebelum Akmarulnizam Idris memberikan lawan gol ke-4 menerusi gol sendiri pada minit ke-28. Empat minit kemudian, Sufri Shamil menjaringkan gol kelima buat Pahang Rangers, menamatkan sisa kebangkitan mereka dalam perlawanan ini.
Sementara itu, Shah Alam City melakar kemenangan ke-5 di liga apabila mengatasi KL City dengan keputusan 6-3 di halaman sendiri.
Isaias Figueiredo mencetak dua gol bersama Zainal Abidin Hamzah selain masing-masing satu gol oleh Rushdi Husin dan Mulhim Muqri.
Kemenangan yang diraih Selangor dan Shah Alam City membuatkan kedudukan Pahang Rangers kian terhimpit. Adakah mereka dapat bertahan lebih lama di kedudukan kedua liga selepas melepaskan peluang terbaik untuk merapatkan mata dengan pendahulu, JDT.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.