
Selangor MAC mempersiapkan pasukan awal untuk musim baru!
On December 16, 2020 by Wak GoleiroJuara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) edisi pertama, Selangor MAC antara pasukan yang kita boleh lihat melakukan persiapan awal untuk menghadapi musim baru.
Selepas secara rasminya MPFL musim ini dibatalkan, mereka tetap meneruskan program latihan walaupun bukan secara penuh tapi tetap satu langkah yang baik sebagai sebuah pasukan profesional.
Untuk memastikan pemain berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk musim baru difahamkan beberapa program latihan telah disediakan barisan pengurusan. Baru-baru ini mereka kembali berlatih bersama di gelanggang selain sesi di gimnasium selepas dibenarkan kerajaan.
Latihan untuk menamatkan sesi yang telah dirancang tahun ini dan nampak lokasi latihan mereka juga sudah bertukar daripada Sportizza Shah Alam (ditutup) ke Republic of Futsal di Petaling Jaya.
Masih tiada lagi kelibat pemain baru, hanya pemain yang sama turun berlatih tapi sudah pasti bermula tahun depan beberapa pemain baru bakal dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan ini lagi.
Malah pemain baru musim ini seperti Azamuddin Hassan, Ekmal Shahrin, Danial Dain dan Saad Sani masih belum dapat menunjukkan kemampuan mereka kerana ketiadaan liga.
Selangor MAC juga kini di bawah penjagaan Selangor FC dan menurut kenyataan CEO SFC, Dr. Johan dia akan fokus dalam memperkasakan juga skuad futsal selain skuad utama Selangor. Mungkin untuk tahun depan ada pembaharuan untuk pasukan futsal Selangor ini? Sama-sama kita nantikan. Difahamkan juga saingan liga MPFL bakal kembali pertengahan tahun depan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.