Selangor Ke Pentas Akhir
On June 12, 2015 by Wak FaizalSekali lagi mutu pengadilan menjadi isu membabitkan perlawanan antara Selangor dan juga Perak.
Perlawanan yang sengit ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan pada babak awal permainan dan cukup menghiburkan peminat yang datang memenuhi Kompleks Sukan Negara Shah Alam. Pujian harus diberikan kepada kedua-dua penjaga gawang diatas kepantasan mereka menjaga gawang masing-masing.
Perlawanan yang tinggal 5 saat untuk tamat dengan keputusan seri, pasukan dikejutkan dengan keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti “Second Spot” akibat dari pemain Selangor yang terpaksa dijatuhkan oleh penjaga gawang Perak di luar kawasan D.
Apa yang menjadi persoalan di sini yang cuba dibantah oleh pasukan Perak adalah masa permainan sudah tamat. Jurulatih pasukan Perak mempertikaikan kenapa tiada siren tamat dibunyikan oleh pengadil ketiga yang menjaga masa di luar.
Perlawanan terhenti hampir 15 minit di mana para pengadil dan prngurus kedua dua pasukan serta wakil FAM membincangkan tentang keputusan yang telah dibuat.
Akhirnya keputusan pengadil yang memberikan penalti kepada pasukan Selangor diteruskan namun kontroversi berlaku sekali lagi apabila pasukan Perak tidak mahu meneruskan perlawanan. Para pemain Perak terus ke penyokong pasukan mereka untuk nyanyian lagu negeri Perak sebagai tanda hormat dan terus keluar dari gelanggang.
Ini telah memberikan kemenangan kepada pasukan Selangor. Pasukan Selangor akan menentang pasukan Felda United di perlawanan akhir yang akan berlangsung pada hari esok jam 8.00 malam.
Foto : Futsal Selangor
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.