
Selamat Tinggal Perak Selepas 8 Tahun Berbakti
On December 25, 2021 by Wak Goleiro8 tahun bukan satu tempoh yang singkat dan sudah semestinya banyak kenangan pahit dan manis bersama pasukan Perak yang dilalui pemain senior mereka Faizul Azuan atau lebih dikenali dengan panggilan Yob.
Jatuh bangun bersama Perak dan kini difahamkan Yob tidak lagi bersama pasukan Perak bagi saingan Malaysian Premier League 2022. Bukan satu keputusan yang mudah tapi disebabkan tiada khabar berita daripada pihak pengurusan membuatkan Yob angkat kaki mencari pasukan baru.
Yob kini difahamkan dalam fasa akhir untuk mengikat kontrak bersama pasukan futsal Penang dan bukan saja dia seorang ada beberapa lagi pemain daripada Perak akan mengikut jejak beliau.

Kalau ikutkan satu kehilangan besar selepas anak jati Perak tidak dapat meneruskan perjalanan karier futsal bersama pasukan ini tapi jika dilihat dari segi positif, tiba masanya untuk Yob mencari pengalaman baru bersama pasukan baru di luar Perak.
Yob yang memulakan karier dia secara serius dalam arena futsal bersama Sabah Quilmes kemudian berbakti bersama Perak dan selepas ini akan ke Penang.
Semoga berjaya Yob bersama Penang nanti! Haria Penang Haria!
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.