Sehari sahaja tempoh pertandingan. Sabah FC memperkenalkan logo baru pasukan
On November 24, 2020 by Wak GoleiroSekali imbas nampak macam logo Paris Saint-Germain F.C. tapi bukan bila dah tengok betul-betul itu logo baru Sabah FC. Memang padu bah!
Apa yang menarik logo ini dihasilkan dalam masa yang singkat. Semuanya bermula apabila logo yang asalnya diperkenalkan untuk Sabah FC mendapat komen negatif daripada peminat-peminat bola sepak Sabah.
Dengan kuasa daripada peminat pasukan #TheRhinos ini, CEO Sabah FC, Dato’ Verdon Bahanda mengambil keputusan untuk membuka peluang kepada orang ramai dengan pertandingan mereka cipta logo Sabah FC.
Posting tersebut telah dibuat pada 21 November dan tarikh tutup untuk penyertaan pada 22 November. Hanya sehari sahaja tempoh diberikan dan mereka menerima sambutan yang baik.
Selepas ditapis 142 logo telah dipamerkan untuk para peminat mengundi logo mana yang mereka minat. Dengan menggunakan cara like terbanyak, logo hasil rekaan Firzaruddin Zainal Abiddin dipilih menerusi hampir 5k jumlah like, 387 komen dan 342 shares.
Tengok kepada rekaan ini, memang cantik dan mengikut kriteria yang ditetapkan. Menggunakan warna berasaskan bendera negeri Sabah dan pereka meletakkan ikon Gunung Kinabalu di dalam logo rekaannya.
Logo sudah, selepas ini ke proses yang seterusnya pula dalam usaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Sabah. Semoga dengan penjenamaan Sabah FC ini, pasukan ini akan lebih terus berjaya untuk musim akan datang.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.