Rumusan Hari 3 MPFL 2022 (Sirkit 2)
On January 23, 2022 by Wak GoleiroPermulaan hari ketiga sirkit 2 menyaksikan Pahang Rangers turun menentang KPT-PST Mustangs. Skuad kendalian Gerard Casas yang menang besar pada hari Jumaat menerima tentangan sengit hari ini. Serangan demi serangan dilakukan namun pemain Mustangs menunjukkan disiplin yang baik. Farhan Khairul Anuar menutup peluang Mustangs untuk meraih mata selepas pemain ini menjaringkan gol tunggal sekaligus gol kemenangan untuk Pahang Rangers.
Shah Alam City turun di perlawanan kedua hari ini dan mereka terus buntu untuk mencari 3 mata yang seterusnya. Mereka terpaksa akur tewas 4-6 dengan pasukan ATM yang tampil lebih dengan lebih agresif pada hari ini. Selepas 3 perlawanan ini merupakan kemenangan pertama untuk pasukan ATM dan gol pasukan ini sebentar tadi dijaringkan oleh Aniq Syazni 2 gol dan Izzul Syahmi mencetak nama sebagai hat-trik sementara 1 lagi gol menerusi jaringan sendiri pemain lawan.
Perlawanan terakhir hari ini juga menarik, pertemuan antara Selangor TOT United dan Kedah. Kedah melakukan kejutan dengan menewaskan pasukan TOT dengan keputusan 4-2. Dengan kemenangan ini mereka naik ke kedudukan ke 4 liga, 2 mata di belakang Pahang Rangers, Selangor MAC dan Selangor TOT United.
Berbalik kepada perlawanan ini, Kedah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Hafiz Marzuki pada minit ke-6 dan Fakhrul Islam pada minit ke-17. TOT United cuba bangkit dan mereka berjaya mencari 2 gol penyamaan sejurus bermula separuh masa kedua hasil jaringan Amirul Sugito dan Wan Abdul Raziq. Namun Kedah menutup perlawanan ini dengan kemenangan selepas jaringan Shahmi Abdullah dan Farith Ahmad berjaya menewaskan penjaga gol lawan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.