Rumusan Hari 3 MPFL 2022
On January 16, 2022 by Wak FaizalHari terakhir sirkit pertama melihat pasukan Selangor MAC bangkit daripada kekalahan pertama mereka dengan meraih kemenangan besar 7-3 ke atas pasukan Kuala Lumpur.
Selangor MAC tampil dengan lebih fokus dan mereka membuka jaringan seawal minit ke 2 menerusi Ekmal Shahrin. Selain Ekmal yang menyumbang 2 gol turut mencatat nama sebagai penjaring Saaf Sani, Khairul Effendy, Azamudin dan Akmal Hakimi.
Perlawanan seterusnya giliran Selangor TOT United yang meneruskan rentak kemenangan mereka. Kali ini PDRM menjadi mangsa dengan kekalahan 1-2. Gol TOT dijaringkan Farhan Baahrim dan Addli Che Husin sementara gol tunggal PDRM dijaringkan Shafiq Tahir.
Pertemuan Shah Alam City dan Kuala Lumpur City berlangsung dengan sengit. Masing-masing tidak berjaya mencari gol pada awalnya sehingga 4 minit sebelum tamat perlawanan Ariff Zainudin menjadi wira Shah Alam City.
Ariff menjaringkan gol penting untuk Shah Alam City meraih 3 mata pertama mereka dalam saingan MPFL kali ini.
KPT-PST Mustangs dan Perak yang turun buat kali pertama di MPFL kali ini menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 5-5.
Pasukan kendalian Wan Suratman yang hampir menang terpaksa akur dengan keputusan seri selepas Farid Ashraf menjaringkan gol penyamaan seminit sebelum tamat perlawanan.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.