Rezeki Baru Niena Azman
On July 23, 2018 by WanShaBaru-baru ini, wakil AFM mendapatkan Nur Izwani Azman atau lebih mesra dengan panggilan Niena Azman untuk mendapatkan perkembangan mengenainya.
Niena Azman menamatkan zaman bujangnya pada Mei lalu bersama Rody Kristal telah berkongsi khabar gembira dengan kehamilannya baru-baru ini.
Oleh hal yang demikian, Niena Azman selaku penjaga gol Felda United musim lalu, kini telah beralih kepada pembantu jurulatih pasukan Felda United pada musim ini.
“Sekiranya saya telah mencapai target yang saya inginkan, saya akan beralih dan fokus kepada bidang kejurulatihan”, katanya.
Berbalik kepada perkembangan pasukan, menurut Niena, Felda United telah membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi setiap saingan di musim baru ini.
“Harapan kami semestinya menjadi juara dan pertahankan kejuaraan kami pada musim lalu”, harapnya.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.