Resepi kejayaan Qusmaini Noor Rusli
On January 5, 2017 by FixoSetiap usaha yang kita lakukan pasti akan datang dengan kejayaan dan itu yang penulis lihat sifat yang ada pada Qusmaini Noor Rusli seorang jurulatih futsal yang tidak asing lagi di Malaysia ini.
Minat yang tinggi terhadap sukan futsal membuatkan beliau tidak pernah jemu untuk mencari ilmu baru di bidang futsal malah beliau pernah berkelana ke beberapa negara untuk mencari ilmu baru seperti Thailand, Indonesia dan juga Italy.
Sifatnya yang sering berkongsi ilmu bersama rakan-rakan seperjuangan juga harus diberikan pujian dan kini jika dilihat banyak di kalangan jurulatih cuba mempraktikkan ilmu “modern futsal” yang telah dibawa oleh Qusmaini dari negara eropah.
Kesemua usaha yang dilakukan oleh beliau ini telah membawa namanya ke satu tahap yang tertinggi pernah dicapai oleh jurulatih dari Malaysia dimana beliau merupakan jurulatih pertama membawa pasukan negara dan kelab di luar. Beliau telah dilantik sebagai Ketua jurulatih bagi pasukan futsal kebangsaan Brunei dan juga BJL 2000 Shiba kelab pro di Indonesia.
Mungkin mustahil untuk membawa dua pasukan dalam waktu yang sama tetapi itulah cabaran yang bakal dihadapi oleh Qusmaini. Kini beliau berada di Brunei untuk memberi focus kepada pasukan itu dulu dimana Brunei akan beraksi di Kejohanan AFF pada penghujung bulan ini.
Walaupun berada di Brunei beliau tetap memantau keadaan para pemainnya di BJL 2000 Shiba. Pasukan itu kini dikendali kan oleh barisan jurulatih yang lain yang turut melibatkan seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Mohd Faiq Faudzil yang merupakan jurulatih kecergasan. Pasukan Pro league ini akan beraksi di Liga Futsal Indonesia bermula 4 Februari depan.
“ Segala yang saya terima sekarang adalah disebabkan orang-orang yang sering dibelakang saya, ilmu dan sokongan yang saya terima telah membawa saya ke tahap ini tanpa mereka siapalah saya” ujar beliau
Tambahnya.
“Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih yang telah mencurah ilmu kepada saya antarannya ialah Miguel Rodrigo ( Thailand ) , Sergio Gargelli ( Qatar ), Pulpis ( Uzbekistan ) , Mico Martic ( Futsal Planet ) , Venancio ( Head Coach Spain ) , Ali Targholizade ( AFC Futsal Director ) ,Tsung Wai Chung ( FIFA Instructor ) , P.Balakrishnan dan R.Gopalakrishnan. juga kedua keluarga dan sahabat-sahabat saya”.
Kejayaan beliau telah membuktikan bahawa dengan usaha kita mampu untuk berjaya. Semoga berjaya buat coach Qusmaini untuk kejohanan-kejohanan yang akan beliau tempuhi.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.