
Razin Rahim Mahu Kekalkan Momentum Dan Bantu Pasukan Perak
On February 28, 2018 by WanShaMusim baru, harapan baru buat pemain kelahiran Selangor, Muhamad Razin Bin A. Rahim, yang beraksi buat musim ketiga bersama pasukan Perak.
Kelincahan pemain ini terbukti apabila sudah berjaya menjaringkan 3 gol buat Perak di LFK 2018.
Bertanya mengenai aksinya tempoh hari, Razin berasa berpuas hati dengan aksinya kerana berjaya membantu Perak bawa pulang 6 mata.
Walaubagaimanapun, dia merasakan masih terlalu awal dan banyak lagi perlu diperbaiki.
“Saya harap, saya dapat kekalkan momentum ini hingga penghujung liga”, katanya.
Pemain jersi bernombor 9 ini juga mengakui bahawa berlatih dibawah jurulatih baru pasukan Perak, Coach Qusmaini ini sangat mudah dan amat membantu dirinya dan pemain lain.
“Coach sentiasa memberi peluang kepada semua pemain untuk beraksi dalam perlawanan”.
“Jadi semua pemain dapat peluang bermain dan kami perlu gunakan peluang ini sebaik mungkin”, kata Razin.
Sifat peribadi Coach Qusmaini yang baik dan seorang yang tepati masa ini turut dipuji oleh pemain ini.
Razin juga gembira dengan kehadiran 4 pemain baru seperti Muhammad Adly Che Husin, Muhammad Shamar Fadzil, Amar Ashraf Abu Bakar dan Mohd Afiq Abdul Rahman yang pasti akan memperkuatkan lagi pasukan Perak musim ini.
Selain itu, dia juga teruja untuk beraksi bersama satu lagi pemain baru iaitu Mohd Ridzwan Bakri yang masih belum bersama pasukan.
“Saya dapat rasakan bahawa Ridzwan Bakri akan memberikan impak yang besar terhadap pasukan”, tambah Razin.
Perak kini menduduki kedudukan kedua Liga di belakang Melaka United.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.