
Rangkuman Perlawanan Karnival Futsal Wanita IPT 2018
On April 30, 2018 by WanShaBeberapa hari yang lalu telah berlangsungnya perlawanan Karnival Futsal Wanita IPT selama 5 hari berturut-turut daripada 25 – 29 April 2018.
Perlawanan ini diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Sebanyak 18 pasukan futsal wanita IPT telah membuat penyertaan dalam karnival ini. 18 pasukan ini dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dimaklumkan, 10 pasukan itu adalah daripada IPTA dan 8 pasukan daripada IPTS.

Foto: LFIPT
Setelah mengharungi 5 hari perlawanan, UPM berjaya mengulangi kejuaraan bagi musim lepas. UPM ke pusingan akhir bersama UM dan berjaya dengan jaringan, 2-1 di masa tambahan.
Dalam perlawanan ini, beberapa anugerah yang telah diberikan kepada pemain yang telah beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan itu berlangsung. Antaranya adalah anugerah penjaga gol terbaik, penjaring terbanyak, pemain terbaik serta pemain paling bernilai.

Foto: LFIPT
Menurut Pengarah Kejohanan, En Sharel Rizal Dzahari, prestasi yang dianjurkan pada tahun ini adalah lebih baik berbanding kejohanan yang dianjurkan di tahun yang lepas.
“Bukan saja dari segi penganjuran, tetapi juga dari segi kualiti pasukan dan pemain yang menyertai kejohanan pada kali ini”, katanya.

Foto: LFIPT
“Kita mengharapkan agar sukan IPT ini terus menyumbangkan kepada sukan pembangunan IPT dan juga negara”, tambahnya lagi.

Foto: LFIPT
Keputusan Penuh Perlawanan:
Juara: UPM
Naib Juara: UM
Tempat Ke-3: UPSI
Tempat Ke-4: UKM
Penjaga Gol Terbaik: Farah Najihah Alias (UiTM Perlis)
Penjaring Terbanyak: Nurul Shafizan Amran ( UPM)
Pemain Terbaik: Nabila Shahira Nafi (UPSI)
Pemain Bernilai: Afiayah Fauzi (UM)

Foto: LFIPT
Artikel: Wan Shahilla Nur Quratulainnie
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.