Ranking Malaysia untuk Kejohanan AFF 2016
On January 6, 2017 by FixoPasukan futsal kebangsaan akan memulakan tahun ini dengan menyertai Kejohanan AFF 2016 pada 23 – 31 Januari 2017 di Bangkok, Thailand.
Kejohanan ini yang sepatutnya berlangsung pada tahun lepas terpaksa ditangguh berikutan kemangkatan Raja Thailand dan tiada negara lain yang bersedia untuk mengambil alih menjadi tuan rumah. Oleh itu , kata putus telah diambil untuk menjalankan kejohanan ini pada bulan ini.
Apa yang menarik 2 Kejohanan AFF akan berlangsung pada kali ini dan untuk tahun 2017 ia akan diadakkan pada bulan November ini.
Untuk kejohanan AFF yang akan datang ini hanya 7 pasukan akan mengambil bahagian dimana pasukan Australia, Vietnam, Filipina dan juga Singapura tidak akan mengambil bahagian.
Berikut merupakan ranking pasukan yang akan bertanding pada Kejohanan AFF 2016, Januari ini :
1. Thailand (1358)
2. Indonesia (1036)
3. Malaysia (862)
4. Myanmar (708)
5. Timor-Leste (606)
6. Laos (605)
7. Brunei Darussalam (556)
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.