Pasukan futsal Pulau Pinang bakal menggunakan tenaga baru bagi menghadapi saingan Malaysian Premier Futsal League 2022 Januari depan.
Menurut coach Hasrinizam Hashim pasukan ini membawa masuk hampir 70% pemain baru yang dikatakan berminat untuk mewakili pasukan ini dan mereka cuma mengekalkan 30% pemain daripada skuad musim lepas.
“Kami masih dalam proses penilaian dan pemilihan akhir para pemain. Proses pemilihan terakhir kami akan melakukan di saingan 4 penjuru yang kami akan lakukan di Lembah Klang nanti.”

Sebelum ini mereka sudah melakukan ujian menentang pasukan Kedah dan Selangor. Selepas ini skuad Hasrinizam akan ke Lembah Klang untuk menguji pemain menentang pasukan Negeri Sembilan, Selangor MBSA dan juga Pahang Rangers.
Di edisi pertama MPFL, Pulau Pinang menamatkan saingan liga di kedudukan ke-18. Untuk musim akan datang ini dengan kehadiran pemain-pemain berpengalaman dari seluruh negara yang berkumpul di Pulau Pinang nampak pasukan ini bakal melakukan kejutan di saingan liga nanti.
