Program Futsal WCT Kidss 2017 Capai Objektif
On April 3, 2017 by FixoMenjadikan sukan futsal sebagai salah satu acara bagi program latihan sekolah sukan kanak-kanak WCT (Kidss) berjaya mencapai objektif utama penganjur WCT Holdings Berhad iaitu untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak.
Program yang bermula pada penghujung tahun lepas dimulakan melalui klinik futsal yang mendapat kerjasama Subang Jaya Youth Academy (SJYA) dimana jurulatih dari SJYA ditugaskan untuk memberikan tunjuk ajar kepada para pemain cilik ini.
Beberapa lokasi telah dipilih untuk menjadi pusat latihan kepada pemain cilik ini sebelum mereka dikumpulkan untuk menyertai Kejohanan Futsal Piala WCT Kidss 2017 pada bulan lepas yang berlangsung di Kompleks Sukan Matshusitah, Shah Alam.
Sebanyak 90 kanak-kanak terlibat secara keseluruhan berumur dari 9 hingga 12 tahun. Rata-rata kesemua peserta telah menunjukkan aksi yang baik sepanjang kejohanan ini berlansung dan ia memberikan tanda positif buat program ini yang memasuki tahun kedua.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur di atas penganjuran program yang baik ini.
You may also like
Kalendar Liga Amatur
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.