Program Amal Penjualan Kasut

Inisiatif anak muda ini membuatkan kami tertarik apabila beliau telah membuat satu program amal untuk membantu anak anak tahfiz di Perak. Anak muda yang dimaksudkan itu adalah saudara Muhammad Hazriq pemilik kedai Play Gear Futsal Shop yang menjual kasut dan barangan futsal secara online.

Ketika dihubungi, Hazriq memberitahu bahawa beliau ternampak satu post di dalam group di Facebook mengenai seorang pembeli mencari kasut di bawah harga Rm100 untuk dibelikan bagi adik adik tahfiz yang berada di Perak.

Atas sebab itu beliau telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan segala bantuan dari segi kasut / peralatan sukan serta duit untuk membantu adik adik tahfiz ni. Sehingga kini adik adik tersebut berjaya mendapatkan 16 kasut percuma yang diberikan oleh para penderma.

“ Mengikut perancangan saya, saya mengumpul seberapa banyak kasut yang didermakan oleh orang ramai kepada saya dan akan mengadakan sesi LELONGAN AMAL, segala tunai yang diterima akan disalurkan kepada rumah anak yatim / pusat tahfiz yang memerlukan” kata Hazriq.

Kepada sesiapa yang ingin turut membantu boleh hubungi saudara Hazriq di talian 0189000850

12063816_1147230925287507_8372304194767692960_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top